Friday, February 13, 2009

++Make Up Artist++ Ceritera Aisyah Ibrahim

CERITERA AISYAH IBRAHIM

-your beauty lay in my hand-




Kerjaya ku sebagai make up artis bermula dengan minat yang mendalam untuk melihat seorang wanita itu cantik di hari bahagianya. pengalaman melihat diri sendiri, saudara dan rakan dirias dengan sambil lewa menyebabkan timbul rasa tidak puas hati.

berbekal minat dan pengalaman yang ingin mengubah mereka untuk tampil cantik aku tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu. bermula dari peringkat bawah aku belajar dan sentiasa mengkaji untuk menjadikan hasil solekan yang terbaik. bak kata orang mencari ilmu biarlah sampai ke negara China.

teringat pesan suami tersayang..belajarlah jangan terus berhenti dan bergurulah seramai yang mungkin...kerana setiap guru mempunyai ilmu yang terbaik. terima kasih buat cikgu yang mengajar.. kak aryana, , Jenny, kak min dan kak Nurul Shukor . Buat cikgu semua terima kasih atas sokongan dan ilmu yang diberikan. saya baru sahaja tamat belajar di bawah bimbingannya.

Nurul shukor merupakan profesional makeup artist. Hasil kerjanya cukup mengagumkan. Menjadi juru solek kepada beberapa artis terkenal..antaranya siti nurhaliza, erra fazira, fasha sandha dan rama lagi. beliau banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang ini. saya kagum dengan hasil kerjanya terutama dalam teknik shading wajah...amat berhati hati, kemas dan cantik.


Banyak teguran, nasihat yang diberikan tatkala belajar di bawah bimbingannya. masih ingat nasihatnya...jangan takut untuk touch up wajah pelanggan..jangan takut untuk bermain dengan warna..yakin dan jauhkan perasaan gementar. jika kita sentiasa berhati hati dan yakin semasa touch up pelanggan INSYAALLAH hasil kita akan jadi yang terbaik. itulah nasihat yang paling berharga..

Hasil minat dan pengalamanku..aku
menawarkan khidmat make up artis dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

Ini adalah hasil kerja tanganku sendiri di hari pernikahanku..(sebelum belajar di bawah bimbingan kak nurul)









hasil kerjaku dan bersama rakan kursus
Aisyah Ibrahim
-Your Beauty Lay In My Hand-

0173106673 @ 0136027559 @ 018-2515757


























































1 comment: