PENGGUNAAN BERUS DALAM SENI SOLEKANRuangan ini merupakan ruangan terbaru hasil idea bernas partner saya zura dalam membantu mereka yang ingin mengetahui kegunaan setiap jenis berus dalam merias wajah. Kegunaan setiap berus akan dipaparkan 2 minggu sekali mengikut jenis berus. Oleh itu, sentiasalah mengikuti blog kami ini....
BERUS & PENGENALAN RINGKAS:Berus, merupakan alat yang diketogerikan terpenting dalam menata wajah. Ada segelintir pihak mengatakan jari jemari merupakan "alat" terbaik dalam menyolek wajah..itu saya setuju tetapi harus diingat tidak semua kawasan kecil wajah dapat dicapai melalui penggunaan jari jemari sahaja. contohnya kawasan garisan mata, kawasan wajah yang bermasalah, hujung mata, dan sebagainya yang memerlukan penggunaan berus.
Dalam teknik solekan, berus memainkan peranannya dalam beberapa aspek. Antaranya ialah teknik blend shadow, teknik shading, pemakaian foundation @ concealer pada bahagian kecil bermasalah, meratakan solekan dan pemakaian lipstik, melakukan teknik kemasan solekan dan sebagainya.
Untuk menghasilkan solekan yang cantik dan kemas..bagi saya, berus dianggap satu "magic" kerana fungsinya yang pelbagai. Pengetahuan mengenai fungsi berus mengikut jenis amat penting namun, yang terpenting sekali adalah teknik yang betul dalam pengaplikasian berus seperti cara menggunakannya, cara memegang dan cara penjagaan setiap berus.
Berus mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah angle brush, contour brush, flat brush, liner brush dan sebagainya.
Jika anda berminat untuk mengetahuinya sentiasalah ikuti perkembangan blog ini atau ikuti sahaja kelas solekan yang disediakan oleh pihak kami. anda bukan sahaja akan memperolehi sijil malah turut dibekalkan nota/modul serta anda diajar secara praktikal oleh pihak kami. anda juga akan diberikan bimbingan semasa kelas dijalankan.
No comments:
Post a Comment