Friday, February 13, 2009

TIPS KECANTIKAN

TIPS KECANTIKAN BUAT ANDA...

Ruangan ini untuk dikongsi bersama. Pelbagai tips solekan akan dipaparkan dan diperbaharui pada setiap minggu. Oleh itu, sentiasalah mengunjungi blog kami dehaizu.



TIPS 3: PEMAKAIAN FOUNDATION AGAR KELIHATAN SEKATA

Masalah ini sering dihadapi oleh setiap wanita. Anda inginkan kulit kelihatan gebu dan halus ketika bersolek. jangan risau n@ runsing. ada caranya. ikut teknik mudah di bawah ini:
  1. gunakan foundation jenis cair.

  2. dahulukan pemakaian toner dan moisturizer.

  3. biar seketika agar kedua duanya meresap ke dalam kulit dengan baik.

  4. jika wajah kelihatan berminyak setelah pemakaian foundation, gunakan tisu untuk menekapnya pada wajah @ kawasan berminyak.

  5. ambil sedikit foundation dan letakkan pada telapak tangan.

  6. bagi mereka yang berkulit normal.. titik kan setitik air pada foundation tersebut.

  7. gunakan hujung jari telunjuk, kacau dan jadikan sebatian foundation yang tidak terlalu cair

  8. sapu pada wajah sedikit demi sedikit sehingga rata dan sekata pada wajah.

  9. bagi kulit kering titikan pada foundation menggunakan toner bukannya air. dan ikutilah langkah seterusnya seperti di atas.

  10. biarkan foundation meresap dan barulah di sapukan powder pada wajah sedikit demi sedikit

  11. cara pemakaian foundation sebegini mampu mengelakkan wajah kelihatan bertompok dan berminyak.. yang paling penting hasilnya akan menjadikan wajah anda kelihatan sekata dan halus.


TIPS 2: MASALAH KULIT BERMINYAK DAN LUBANG PORI PORI TERBUKA LUAS



  1. rawatan ini merupakan rawatan yang tidak memerlukan kos yang banyak. boleh diaplikasikan oleh perempuan mahupun lelaki.

  2. masalah ini sering dihadapi bagi mereka yg memiliki kulit berminyak akibat pori pori yang luas

  3. bersihkan wajah dan keringkan.

  4. ambil ketulan ais dan bungkus dengan towel

  5. tekapkan ketulan ais yg dibungkus tadi pada seluruh kulit wajah.

  6. biarkan kulit wajah dalam keadaan yang sejuk.

  7. setiap kali tekap bungkusan ais tadi, pastikan ditekap sekurang kurangnya 30 saat pada setiap kawasan kulit agar kulit mendapat kesan yang baik.

  8. aplikasilah sebelum tidur dan setiap kali sebelum wajah disolek

  9. penggunaan ais mampu menutup lubang pori dan mengurangkan pembentukan minyak yang banyak apada kulit

  10. oleh itu...rajin rajinlah amalkan tips ini.


TIP 1: KULIT NAMPAK BERMINYAK DAN BERKILAT SETELAH MEMAKAI FOUNDATION



  1. Masalah ini sering dihadapi bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan sensitif.

  2. selepas memakai penyegar dan moisturizer, barulah foundation diaplikasikan pada wajah.

  3. pakailah foundation dengan cara yang betul, sama ada menggunakan jari jemari atau sponge yang sesuai. elakkan pemakaian powder pada ketika ini.

  4. setelah selesai pemakaian foundation tersebut..biarkan ia seketika pada wajah selama seminit hingga 3 minit.

  5. ini bertujuan untuk memastikan foundation tersebut meresap dengan baik ke dalam kulit wajah.

  6. dalam masa tersebut...bagi mereka yang berkulit sensitif dan berminyak, kulit mereka akan menampakkan lebihan minyak dan kilatan pada wajah.

  7. oleh itu, ambil tisu dan tekapkan pada kulit wajah.

  8. tisu ini berfungsi meresap minyak dan kilatan yang berlebihan..tekaplah tisu tersebut sehingga kilatan dan lebihan minyak tiada pada wajah.

  9. kemudian barulah powder dipakai pada wajah..


2 comments:

  1. mia suka blog ni...jaja i dgr citer u dengan kwn u yerr bt blog nih.. smg berjaya.

    ReplyDelete
  2. bagus gak tips ni jadi tak perlu susah2 nk beli makeup mahal mahal..blh jd panduan

    ReplyDelete